Monday, 2 February 2015

SATE JAWA

Sate Jawa 

Assalamualikum dan salam sejahtera kepada anda semua saya Azizul bin Anwari, berdirinya saya disini ingin memberi tahu tentang sebuah restoran yang bernama Sate Jawa yang terletak di Ulu Klang. restoran ini tidaklah seberapa tetapi ianya amat terkenal dikawasan Ulu Langat, dengan sate nya yang lembut dan berperisa. Juga terkenal dengan bauan sate yang diminati ramai yang menyebabkan ramai pelanggan yang datang. kedai ini juga mempunyai kuah yang lain daripada yang lain kerana kuahnya halus dan memenuhi cita rasa orang ramai.

apa yang dikatakan sate yang selalunya dijual oleh orang ramai sate daging adalah suatu yang dikatakan dagingnya kenyal dan susah untuk dimakan dan di kunyah. Tetapi restoran ini tidak kerana sate dagingnya seperti daging yang senang dikunyah kerana kelembutan daging itu tadi.
restoran ini mempunyai resepi rahsia yang tersendiri kerana satenya lain dari yang lain. Bak kata pepatah "Kalau cuba sekali mesti nak lagi".

No comments:

Post a Comment