Assalamualaikum’saya
siti nurziana binti md sallehen ,pada hari khamis (20 Nov) yang lepas saya dan
kawan-kawan telah diberi peluang untuk melawat ke kilang coklat yang terletak
di Kota Damansara.Pada hari tersebut kami telah diarahkan untuk berkumpul dikedai
makan Mama Nia pada pukul 12.30 tengah hari. Kami pergi ke kilang coklat dengan
menaiki bas yang telah disediakan oleh Unit Pembangunan Pelajar(UPP).Lawatan
kami telah diketuai oleh cik Ada selaku staff UPP.
Sebelum bertolak ke kilang coklat kami telah membuat
pembayaran sebanyak RM7 untuk yuran lawatan kepada cik ada selaku ketua
rombongan kami.Masa yang diambil dari Kolej PTPL ke Kilang Coklat adalah 1 jam
perjalanan.Setibanya kami amat teruja dengan reka bentuk kilang tersebut yang menampakkan ciri-ciri bertemakan coklat.
Walaupun kilang tersebut besar tetapi masa kilang tersebut beroperasi amat
singkat iaiu pada pukul 10 pagi hingga 5
petang.
Setibanya kami disana ,benda yang menarik perhatian kami
ialah lembu “HERSHEY’S MILK CHOCOLATE “
yang terletak berhampiran dengan pintu utama di kilang tersebut.Saya telah
mengambil gambar bersama lembu ini sebagai kenangan semasa berada di kilang
coklat ini.Setelah mengambil gambar dengan lembu “HERSHEY’S “ ini saya dan
kawan-kawan telah bertemu dengan salah seorang pekerja di kilang tersebut . Dia
telah memberi kami ilmu pengetahuan yang baru tentang bagaimana koko diproses dan
cara-cara membuat coklat.
Selepas itu’kami juga dapat melihat sejarah-sejarah pembuatan
coklat dan bagaimana coklat terhasil pada zaman dahulu . Didalam kilang
tersebut juga terdapat banyak sejarah mengenai coklat yang telah ditampal didinding-dinding kilang
tersebut , serta bahan-bahan untuk
membuat coklat juga turut diletakkan atas meja yang disediakan.Disana juga kami telah diberitahu bahawa coklat juga
mempunyai pelbagai khasiat yang baik
untuk tubuh badan manusia . Contohnya,coklat putih baik untuk otak,coklat juga bagus untuk menenangkan
perasaan seseorang apabila berasa sedih,marah dan sebagainya.
Disana juga kami telah menyaksikan bagaimana
Chef dan pekerja di kilang tersebut
memproses coklat dan membuat coklat .kami juga sempat mengambil gambar semasa
mereka sedang membuat coklat tersebut.Kami
juga telah diberi peluang untuk merasai sendiri coklat yang telah dibuat
oleh chef tersebut.Sebelum kami bertolak pulang kami telah memberikan sedikit
cenderahati kepada pihak kilang tersebut sebagai tanda penghargaan kami kepada
pihak kilang tersebut kerana telah mengalu-alukan kedatangan kami ke kilang
itu. Semasa ingin pulang kami telah membeli sedikit coklat sebagai buah tangan .Kami
bertolak pulang ke kolej pada pukul 4 petang . Walaupun waktu melawat kami ke
kilang coklat tersebut singkat tetapi banyak ilmu pengetahuan baru yang kami
perolehi berkaitan coklat dan saya berharap program sebegini akan diadakan lagi
pada masa akan datang.
No comments:
Post a Comment