Monday, 24 November 2014

LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE KILANG COKLAT

Assalamualaikum’saya siti nurziana binti md sallehen ,pada hari khamis (20 Nov) yang lepas saya dan kawan-kawan telah diberi peluang untuk melawat ke kilang coklat yang terletak di Kota Damansara.Pada hari tersebut kami telah diarahkan untuk berkumpul dikedai makan Mama Nia pada pukul 12.30 tengah hari. Kami pergi ke kilang coklat dengan menaiki bas yang telah disediakan oleh Unit Pembangunan Pelajar(UPP).Lawatan kami telah diketuai oleh cik Ada selaku staff UPP.                                       
Sebelum bertolak ke kilang coklat kami telah membuat pembayaran sebanyak RM7 untuk yuran lawatan kepada cik ada selaku ketua rombongan kami.Masa yang diambil dari Kolej PTPL ke Kilang Coklat adalah 1 jam perjalanan.Setibanya kami amat teruja dengan reka bentuk kilang tersebut  yang menampakkan ciri-ciri bertemakan coklat. Walaupun kilang tersebut besar tetapi masa kilang tersebut beroperasi amat singkat iaiu pada pukul  10 pagi hingga 5 petang.
Setibanya kami disana ,benda yang menarik perhatian kami ialah lembu  “HERSHEY’S MILK CHOCOLATE “ yang terletak berhampiran dengan pintu utama di kilang tersebut.Saya telah mengambil gambar bersama lembu ini sebagai kenangan semasa berada di kilang coklat ini.Setelah mengambil gambar dengan lembu “HERSHEY’S “ ini saya dan kawan-kawan telah bertemu dengan salah seorang pekerja di kilang tersebut . Dia telah memberi kami ilmu pengetahuan yang  baru tentang bagaimana koko diproses dan cara-cara membuat coklat.
Selepas itu’kami juga dapat melihat sejarah-sejarah pembuatan coklat dan bagaimana coklat terhasil pada zaman dahulu . Didalam kilang tersebut juga  terdapat  banyak sejarah mengenai coklat yang  telah ditampal didinding-dinding kilang tersebut , serta bahan-bahan  untuk membuat coklat juga turut diletakkan atas meja yang disediakan.Disana juga  kami telah diberitahu bahawa coklat juga mempunyai  pelbagai khasiat yang baik untuk tubuh badan manusia . Contohnya,coklat putih baik untuk  otak,coklat juga bagus untuk menenangkan perasaan seseorang apabila berasa sedih,marah dan sebagainya.
Disana juga kami telah menyaksikan bagaimana Chef dan pekerja di kilang tersebut  memproses coklat dan membuat coklat .kami juga sempat mengambil gambar semasa mereka sedang membuat coklat tersebut.Kami  juga telah diberi peluang untuk merasai sendiri coklat yang telah dibuat oleh chef tersebut.Sebelum kami bertolak pulang kami telah memberikan sedikit cenderahati kepada pihak kilang tersebut sebagai tanda penghargaan kami kepada pihak kilang tersebut kerana telah mengalu-alukan kedatangan kami ke kilang itu. Semasa ingin pulang kami telah membeli sedikit coklat sebagai buah tangan .Kami bertolak pulang ke kolej pada pukul 4 petang . Walaupun waktu melawat kami ke kilang coklat tersebut singkat tetapi banyak ilmu pengetahuan baru yang kami perolehi berkaitan coklat dan saya berharap program sebegini akan diadakan lagi pada masa akan datang.
   

Wednesday, 19 November 2014

CLASS BERSAMA CHEF YUS

                                                                                                                                                                               assalamualaikum'pada hari ini saya dan kawan-kawan saya telah belajar cara-cara membuat stock ayam didalam kitchen 5 .  chef yang mengajar saya adalah chef yus . ini adalah kali ke 2 saya berada didalam kitchen 5 ini .                                                                                                                              saya telah belajar cara-cara membuat stock ayam.Bahan-bahan yang telah saya gunakan adalah ayam,bawang besar,daun parsi,lobak merah,daun bay leaf, rempah, herb, ayam.bahan-bahan tersebut akn dipotong dalam bentuk asas potongan.                                                                                                          cara-cara penyediaan stock ialah masukkan air kedalam periuk. seterusnya lobak merah yang telah dipotong kemudian saya masukkan bawang,daun saderi,daun pasli.selepas itu,masukkan ayam yang telah dibasuh dengan bersih dan masuk bouquet de garni dengan menggunakan api yang sederhana besar                                                                                      
           setelah ayam dimasukkan dengan mengunakan api yang sederhana stock tersebut akan direbus selama satu jam.Selepas 45 minit ayam tersebut akan mengeluarkan minyak dan buih. Selepas itu,  buih tersebut akan dibuang mengunakan penapis.

Tuesday, 18 November 2014

Restoran Arab Ta'If




asalamualaikum'hari ini saya telah mengunjugi restoran yang bernama' NASI  ARAB TA'IF' yang berada di Laman Seri Business.Ini adalah salah satu hidangan yang telah saya pilih . Hidangan ini bernama chicken mosakhan yang berharga RM17.00 dan minuman yang saya telah pilih adalah sirap bandung yang berharga RM3.00 sahaja.


    Ini adalah salah seorang daripada perkerja di restoran ini dia yang telah mencadangkan saya untuk memilih hidangan yang telah saya makan . kedai ini juga mengamalkan kebersihan dan menghormati pelanggan yang datang ke kedai mereka . mereka akan melayan pelaggan dengan ramah supaya pelanggan selesa untuk menikmati hidangan dikedai mereka.